FAQ : SEWAAN RUANG DI UTHM
Pembukaan iklan sewaan lot niaga adalah melalui proses Sebut Harga. Tuan/Puan perlu membuat semakan dan menyertai Sebut Harga yang diiklankan oleh Universiti.
Tuan/Puan boleh layari laman web bendahari.uthm.edu.my bagi melihat hebahan tawaran Sebut Harga.
i) Arked Bunga Raya (Kafeteria Perpustakaan Tunku Tun Aminah – PTTA)
ii) Arked Cempaka (Kafeteria Blok G3)
iii) Arked Kenanga (Kafeteria Kolej Kediaman Tun Fatimah – KKTF)
iv) Arked Matahari (Kafeteria Kolej Kediaman Tun Syed Nasir – KKTSN)
v) Arked Mawar (Kafeteria Kampus Cawangan Pagoh)
vi) Arked Melati (Kafeteria ARKED)
vii) Arked Melur (Kafeteria Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail – KKTDI)
viii) Arked Tanjung (Kafeteria Bangunan Gunasama Hal Ehwal Pelajar – HEP)
Boleh. Perkhidmatan bagi sewaan ruang komersial UTHM seperti dewan/bilik Seminar telah dibuka kepada agensi luar/syarikat.
Tuan/Puan boleh mengemukakan surat rasmi permohonan kepada Pengarah Bahagian Pembangunan Perniagaan dan email kepada:
i) Nama dan Alamat Permohon
ii) Nombor Telefon Bimbit untuk dihubungi
iii) Tarikh / Hari
iv) Masa
v) Kapasiti Peserta
vi) Surat Permohonan
vii) Atur Cara Program
viii) Lain-lain (Jika Berkaitan)
Tuan/Puan juga boleh berhubung dengan Puan Siti Jamilah Ali, Unit Perniagaan dan Komersial, BizDev di talian 07-453 7953.
Tuan/Puan boleh merujuk kepada kadar sewaan yang boleh didapati dalam laman web PKKew.
Tuan/Puan boleh membuat tempahan melalui STRIKE (Sistem Tempahan Ruang Komersial Universiti).
