06 Mac 2026 I Pejabat Kelestarian Kewangan (PKKew) telah menerima pengiktirafan Anugerah Good Governance Rating (GGR) 4 Bintang bagi tahun 2025 dan anugerah telah disampaikan oleh Naib Canselor UTHM, YBhg. Prof. Ts. Dr. Mas Fawzi bin Mohd. Ali semasa Majlis Amanat Naib Canselor yang telah diadakan pada 04 Mac 2026, bertempat di Big Stage, Aras 2, Perpustakaan Tunku Tun Aminah, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Penganugerahan ini telah diterima oleh Pengarah Pejabat Kelestarian Kewangan (PKKew), En. Noor Fauzi bin Abd Hamid.
Pencapaian 4 Bintang ini adalah hasil kerjasama berpasukan warga kerja Pejabat Kelestarian Kewangan (PKKew) dan Bahagian Wakaf Endowmen (BWE) yang kini dikenali sebagai Pusat Wakaf dan Endowmen (PWE). Pencapaian ini juga menjadi penyuntik semangat warga kerja dalam terus memperbaiki, mempelajari, sentiasa mengamalkan budaya kerja yang bersistematik dan beretika serta berkhidmat bakti dengan lebih baik dan cemerlang di masa akan datang.








