Skip to main content

LAWATAN PENANDA ARAS DAN SESI PERBINCANGAN PEJABAT KELESTARIAN KEWANGAN, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA KE UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Tarikh : Rabu, 7 Januari 2026, 10.00 Pagi
Tempat : Pusat Pengurusan Penjanaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor
Penyertaan : Lima (5) orang pegawai dari UTHM, diketuai oleh Encik Noor Fauzi bin Abd Hamid, Pengarah Kelestarian Kewangan (PKKew), UTHM.

Pejabat Kelestarian Kewangan (PKKew), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mengadakan lawatan penanda aras dan sesi perbincangan ke Pusat Pengurusan Penjanaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (Jana @ UKM) pada 7 Januari 2026.

Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi amalan terbaik dalam penjanaan pendapatan antara universiti awam, khususnya inisiatif yang dilaksanakan oleh UKM bagi menyokong kelestarian kewangan universiti. Perbincangan meliputi pengurusan ruang komersial, strategi dan model perniagaan berkaitan pakej perkhidmatan serta pengurusan ladang sawit sebagai sumber pendapatan universiti.

Lawatan ini diharap dapat mengukuhkan kerjasama antara UKM dan UTHM serta menjadi platform perkongsian pengalaman dalam memperkasa pengurusan kewangan universiti awam.

1
2
3
4
5
6
×