Skip to main content

LAWATAN PENANDA ARAS DAN SESI PERBINCANGAN PEJABAT KELESTARIAN KEWANGAN, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA KE UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

  • Tarikh : Rabu, 7 Januari 2026, 10.00 Pagi
  • Tempat : Pejabat Bursar, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor
  • Penyertaan :  Lima (5) orang pegawai dari UTHM, diketuai oleh Encik Noor Fauzi bin Abd Hamid, Pengarah Kelestarian Kewangan (PKKew), UTHM.

Pejabat Kelestarian Kewangan (PKKew), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mengadakan lawatan penanda aras dan sesi perbincangan ke Pejabat Bursar, Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 7 Januari 2026 (Rabu) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Pejabat Bursar.

Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi amalan terbaik antara universiti awam, khususnya berkaitan penjanaan pendapatan yang dilaksanakan oleh UPM bagi menyokong kelestarian kewangan universiti. Perbincangan merangkumi pengurusan ruang komersial, strategi perniagaan pakej perkhidmatan serta pengurusan ladang sawit sebagai sumber pendapatan universiti.

Diharapkan lawatan ini dapat mengeratkan kerjasama antara UPM dan UTHM serta menjadi ruang perkongsian pengalaman dalam memperkukuh pengurusan kewangan institusi pengajian tinggi awam.

 

1
2
3
4
5
×