Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) merupakan penjenamaan semula Amalan 5S yang diperkenalkan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) sejak tahun 2014. EKSA diwujudkan untuk mewujudkan suasana kerja yang lebih teratur, kondusif dan profesional dalam sektor awam.
Pejabat Kelestarian Kewangan (PKKew) UTHM turut melaksanakan EKSA sebagai salah satu usaha memperkukuh budaya kerja berkualiti dalam pengurusan kewangan universiti. Melalui amalan EKSA, PKKew beriltizam menyediakan persekitaran kerja yang kemas, selesa dan sistematik bagi menyokong pelaksanaan tugas dengan lebih berkesan, berintegriti dan berakauntabiliti.